Sunday, August 15, 2010

KEK LAPIS HOMEMADE

UNTUK TEMPAHAN RAYA, MASIH DIBUKA DAN AKAN DITUTUP PADA 25 OGOS 2010. TERDAPAT DALAM PELBAGAI BERAT/SAIZ (6"x2"x2", 6"x4"x2", 6"x8"x2").

 KEK LAPIS (READY STOCK)

PERISA
  1.  HORLICKS (sold)  Hot Sale
  2.  EVERGREEN (sold)
  3.  STRAWBERRY (sold)
  4.  ORANGE (sold)
  5.  BLUEBERRY (sold)
  6.  PANDAN STRAWBERRY (sold)
  7.  PANDAN ORANGE STRAWBERRY (sold)
  8.  MASAM MANIS (sold)
  9.  COKLAT CUDBURRY (sold)
 Anggaran Berat : 300gm
 Saiz : 6" x 2" X 4.5cm

Monday, August 9, 2010

Choc handmade

Ditempah oleh fara, dia nak yg simple jer
ty Fara...

Sunday, August 1, 2010

Kek Marble susu

Bahan-Bahannya
250 g mentega
230 g gula halus
2 sudu teh ovalette
4 biji telur 
270 g tepung kek
1 sudu teh baking powder
60 g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu cair
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh esen vanilla

Cara
  • Pukul mentega, ovalette dan gula halus hingga kembang/putih. 
  • Masukkan telur satu persatu sambil terus pukul hingga kembang gula larut. 
  • Masukkan susu pekat dan gaul rata. 
  • Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata-rata. 
  • Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. 
  • Satu bahagian dibiarkan plain dan satu lagi di bubuh susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  • Tuang adunan secara berselang seli antara adunan plain dan adunan coklat dalam loyang yang dialas dgn kertas tracing dan telah digris dgn mentega disekilingnya. 
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit 
  • Sejukkan 5-10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang dan diletak di redai kek. 
  • Hiaslah mengikut cirarasa anda.